Header Ads

Neighbourhood Play: Goth - Introduction


Salah satu family yang by default dalam Sims ni sejak Sims 1 lagi. Dalam Sims 4 ni karekter mereka ni diperkembangkan lagi. 

Mortimer Goth

Mortimer adalah dari golongan bangsawan. Kalau dalam dunia realiti ni orang have-have kita kata. Sesuai dengan aspirasi yang diberi, maka Mortimer ni bekerja sebagai seorang penulis. Menghasilkan karya-karya yang baik. Kalau mengikut aspirasi ni, dia kena ada 2 karier. Takpa... setakat ni kita bagi dia 1 karier dulu. 


Aspiration: Renaissance Sim

Traits:

  • Quick Learner
  • Bookworm
  • Creative
  • Outgoing

Career:


Bella Goth:

Mengikut kisah dalam Sims 4 ni, Bella seorang yang agak liar dan pada satu hari dia meninggalkan keluarganya. Pelik jugak tengok cerita yang direka EA ni, sebab Bella seorang yang family-oriented dan baik; mengikut trait yang diberi. Setakat ini aku tak buat dia hilang lagi. Main game ni kena ikut apa yang dia nak sebenarnya, bukan ikut apa yang kita nak, barulah adventure bila main. Dalam permainan minggu ini, Bella pregnant lagi so next game Bella akan dapat sorang lagi anak. 


Aspiration: Party Animal


Traits:

  • Gregarious
  • Good
  • Romantic
  • Family-Oriented


Career:


Cassandra Goth

Cassandra merupakan anak sulung Goth. Mempunyai karekter yang unik dan tak ramai kawan kerana lebih banyak menghabiskan masanya dengan muzik. 


Aspiration: Musical Genius


Traits:

  • Muser
  • Gloomy
  • Creative

Alexandra Goth

Alex merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga Goth. Seorang kanak-kanak yang sangat bijak.


Aspiration: Whiz Kid

Trait: Bookworm

Nia Goth

Nia dilahirkan dalam minggu ke-2 permainan ni. Minggu ni dia dah membesar jadi toddler. Aspiration memang takda lagi untuk toddler, cuma trait saja yang boleh dipilih. Aku menggunakan random trait untuk Nia dan hasilnya adalah Charmer. Kanak-kanak yang memiliki trait ini sangat suka bersosial. Mereka boleh berkomunikasi dengan cepat dan tak takut orang luar. Senang citer kalau di dunia realiti ni kita kata budak ni tak takut orang dan peramah gitu... 





No comments

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.