Neighbourhood Play: BFF - Introduction
Salah satu default family yang ada dalam Willow Creek adalah The BFF, dimana 3 orang rakan yang duduk serumah, kedua-dua perempuan ni suka kat jantan sorang ni.... what the heck?? Oiii banyak lagi jantan dalam Willow Creek tu, jantan ni pun takla segak mana pun... aduhai.... gasaklakan... Meh kita kenal sapa depa 3 ekoq ni pastu kita citer perjalanan kisah depa dalam game kita main.
Travis Scott
Travis seorang IT savvy. Tataulah apa 2 pompuan ni dok rebut dia ni... nampak tak perut pun boroi ha... kah kah kah. Tetapi dalam permainan dari awal, dia lebih cenderung pada Liberty dari Summer yang lebih segak. Indirectly shows that rupa tu bukan segalanya....
Traits:
- Outgoing
- Self-Assured
- Geek
- Quick Learner
Peluang tak selalu datang bergolek gitu...Travis dapat 1 investment offer dan aku pun tekan YES which leads to his promotion.
Aspiration: Nerd Brain
Traits:
- Quick Learner
- Geek
- Clumsy
- Bookworm
Summer Holiday
Boleh pulak jadi nama ye... gasakla... Aku rasa EA ni memang dah set kan mengikut jalan cerita yang diberikan. Walaupun aku cuba untuk buat Summer ni tak menggatal dengan Travis tu, dia tetap nak gak...hampeh...
Traits:
- Gregarious
- Cheerful
- Outgoing
- Active
Aku kenalkan dia dengan NPC Sims dan make sure derang ni bercinta dan kahwin. Tak sangka pulak rupanya mamat tu Alien....masyarakat..... gasaklah....At the end, depa berdua ni kahwin dan pindah keluar dari rumah tu sebab Travis & Liberty pun dah kahwin. Laki si Summer ni pulak kuat cemburu, tu pasal la kena bawak keluar depa ni sebelum lagi haru biru. Ha... boleh...? Hehehe
So selepas ni takdelah BFF family untuk update seterusnya, instead dah dipecahkan jadi Scott & Ocampo (nasib baik tak Oh Kampung...)
Scott Family |
Ocampo Family |
No comments