Header Ads

Neighbourhood Update 3: Berry & Cho

The Berry's

Dalam series update ke-2 aku takda masukkan family ni. Jadi ada banyak yang berlaku sepanjang tempoh permainan untuk family ni. 

Imbau balik dalam update 1 yang lalu, depa ni cousins yang mewarisi rumah pusaka family dan kemudiannya berpindah kerana tidak mampu untuk maintain rumah tersebut. Tucker ada girlfriend bernama Alex. Alex ni malas orangnya, dia tak nak bekerja dan mengharapkan Tucker untuk sara hidup dia. Kori tak suka bila Tucker berkahwin dengan Alex dan mengambil keputusan untuk sambung belajar supaya tak perlu duduk serumah dengan Alex. La ni tinggal few classes untuk Kori redah sebelum dia graduate. Maka lepas graduate ni dia akan jadi mafia la kot... ahahah...  



Tucker ni seorang angkasawan. Normal untuk dia berjumpa dengan alien dan sebagainya. Permainan Sims ni kadang menduga kesabaran gak. Aku suruh dia pergi kerja, dia pi joren dengan alien.... tau-tau alien antor baby kat dia. Ha... bila pulak ko main dengan alien sampai dapat anak ni..

..
Tucker's aspiration


Alex's aspiration

Cassandra lebih simple. Fokus pada kerjaya dia dalam kulinari. Ada masa jumpala boyfriend, takda masa dok rumah masak, practice mixology. 




The Cho's


Dalam update yang lalu, pasangan ni dah dapat anak yang comel. Brytani mula berjinak dalam dunia perniagaan manakala suaminya Advaith masih lagi jadi Personal Trainer. Dalam update kali ni, keluarga ni masih menjalani kehidupan seperti biasa. 



Brytani plan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan...mungkinkah dia akan berhenti? Erm.. kita tengok nanti update akan datang ye... susah aku nak cakap sebab main game ni sometimes decision kena ubah based on situation pada masa tu. 

Advaith's aspiration

Brytani's aspiration



No comments

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.